Kamis, 03 Januari 2013

Windows 8

Windows 8


Windows adalah seri Sistem Operasi (Operating System), iaitu salah satu komponen utama komputer. Sistem Operasi memainkan peranan sebagai tapak asas semua aplikasi komputer. Tanpa Sistem Operasi maka komputer tidak akan beroperasi.

Terdapat pelbagai jenama Sistem Operasi dan Windows adalah jenama yang paling terkenal yang telah dibina oleh Microsoft, sebuah syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat dan diterajui oleh manusia terkaya didunia iaitu Bill Gates.

Windows kini telah tiba dengan versi paling baru iaitu Windows 8. Windows 8 adalah manifestasi usaha Microsoft dalam membangunkan Sistem Operasi yang mampu menguasai pasaran dengan pelbagai fungsi yang menarik dan kelebihan yang tiada pada pesaingnya. 

Windows 8 ini memperkenalkan ciri navigasi yang menarik untuk diterokai. Ia direka dengan mensasarkan jenis komputer peribadi terbaru iaitu komputer tablet yang digunakan ekslusif dengan sentuhan. Namun ciri-ciri asal Windows masih dikekalkan untuk pengguna windows yang telah lama bersama dengan Microsoft.

Rekabentuk terbaru ini terbahagi kepada 2 dan ianya sangat ketara. 

Rekabentuk pertama yang dipaparkan kepada pengguna adalah rekabentuk Metro atau kini lebih dikenali dengan nama Windows 8 UI.

Windows UI direka khusus untuk pengguna yang menggunakan komputer tablet. Contoh paling dekat bagi komputer tablet adalah iPad daripada pesaing Microsoft iaitu Apple. Pengkhususan ini menghasilkan sistem yang sangat mesra pengguna dengan reka grafik butang dan teks yang besar agar ianya mudah disentuh dengan jari pengguna. 

Malahan dengan efek navigasi yang segar membolehkan pengguna menikmati pengalaman menggunakan komputer tablet yang lebih menyeronokkan.

Namun, pihak Microsoft tetap tidak melupakan pelanggan setia Windows mereka. Microsoft mengekalkan ciri rekabentuk Windows yang lama dalam sistem Windows 8 yang sama.

Rekabentuk Windows dikekalkan sepertimana Windows 7 dari segi kedudukan budang dan pengalaman menggunakannya. Apa yang berbeza adalah efek dan ciri grafik yang lebih bersifat kemas dengan efek kotak dan warna yang sekata. Tiada lagi efek berkaca dan telus pada Windows 7 dan Windows Vista yang terdahulu.